Nama Aku Heryanshah Suhaimi, Blog ini aku tulis pada 7 Januari 2017 , aku lahir pada 18 Oktober 1999 dan bermakna , umur aku sekarang ialah 17 tahun 2 Bulan dan 11 hari (Mohon Perbetulkan andai tersalah)
Ramai orang kenal aku , cuma aku ni tak friendly sangat. Agak pendiam , sampai orang kata aku ni sombong. Betul ke? , Hmmm... Antara bakat aku adalah Menyanyi , memasak dan berbahasa... Masa aku sekolah dulu, aku aliran sastera dan ambil subjek sastera, sebab tu ilmu-ilmu berbahasa tu masuk sikit. Subjek Favourite, Of course Mathematics dengan Science . Cuma tulah, dulu aku ni aliran sastera. Aku ni pun bukan budak pandai...Hahaha...
Apa yang aku benci? Sudah naluri manusia mempunyai sesuatu yang meraka bencikan? Ada yang benci maksiat , ada yang benci perbuatan jahat dan ada yang benci sesuatu tanpa alasan yang pasti...hahaha...
Antara manusia yang aku tak suka ialah , Manusia Yang Kurang ajar. Bukan nak kata aku ni sopan , alim , ahli syurga , malaikat bagai... tetapi kita manusia yang mempunyai akal fikiran dan perasaan. Aku ni bukanlah nak kata , aku the best human in the world kah apa, benda yang paling aku pantang adalah bila seorang pelajar tu tak menghargai dan biadap dengan guru ,,oppsss biar nakal asal berakal,,, aku ni pun nakal juga, korang je tak kenal aku,,hahaha,,,tapi tak adalah sampai nak sakitkan hati guru, well,,, kalau korang punya dua benda yang di namakan hati dan perasaan, korang takkan berbuat demikian. Paling aku menyampah , bila orang muda biadap dengan orang yang lebih tua. Macam mo lempang ja dia pakai punya muka...jahaha
Benda kedua yang aku tak suka adalah orang yang suka bermegah-megah, Dikk,, Allah itu maha kuasa... Bila2 masa je dia boleh tarik apa yang kau ade... Jangan sampai riak lah dik , syirik tu... Orang mempunyai riak walau sebesar zarah dalam hatinya , tidak akan masuk syurga dikk...well,, kalau kau ada 1,100,000,000 trillion kelebihan pun, tak salah kau nak tunjukkan, tetapi please, don't do this thing iaitu bermegah-megah... Hanya Allah sahaja yang boleh ada sifat megah tu tau... kau jangan macam-macam nak jadi macam tuhan...hahhh,, Sombong dengan bermegah-megah itu tidak sama 100% okey,,
Benda ketiga yang aku benci ialah manusia yang overacting... Malas nak terang...
Manusia keempat yang aku benci , manusia yang bodoh sombong . Secara jujurnya, semua manusia itu dilahirkan pada mulanya tidak tahu apa-apa, sehinggalah mereka membesar dewasa dibentuk oleh ibu bapa mereka sendiri. Masalahnya , populasi manusia yang bodoh dan sombong ini bertebaran di muka bumi. Biar orang kata kita bodoh , jangan orang kata kita tahu segala-galanya tetapi pada hakikatnya, kita tidak tahu apa-apa. Aku ni pun kadang2 bodoh juga, termakan dengan ayat
-ayat cinta ciaa ciaa ciaa...haha
Manusia keempat yang aku tak suka ialah manusia yang suka mengadu domba. Dah macam babi kepanasan dah aku tengok, sanggup pergi berlari sehingga 10 km pergi rumah orang semata-mata nak buat dosa fitnah , mengumpat dan mengadu domba. Weiii,,, dosa-dosa begini lebih besar dari membunuh tau. 100x kau mati , kau kena rogol , kena bunuh ,kena tampar , kena libas , kena terajang ,kena liwat sekalipun, tak dapat menghapuskan dosa-dosa ni , melainkan orang itu memaafkan apa yang kau umpat/fitnah. Kadang² Umpat ni lebih bahaya dari fitnah, sebab dia tak tahu kau umpat dia, kau fikir dia automatik ke akan cakap , " Aku ampunkan dosa si anu dan si ani yang mengumpat aku,,, Tak... " dah nama pun umpat, macam dia tahu ... lainlah kalau dia cakap , " Aku ampunkan semua umat islam yang pernah buat dosa dengan aku" , weii,,, jarang ada manusia begini woii,,, yang bertaburan zaman sekarang ni pun , dialognya lebih kurang begini,
"Aku takkan maafkan engkau sampai aku mati sekalipun"
"Kau ingat senang-senang aku nak lupakan apa yang kau buat kat aku, sorry, no forgiveness for you"
Orang kata , benda jadi dah jadi, nak buat macam mana,
Orang kata lagi, perbetulkanlah yang silap selagi engkau mahu... Well,, manusia ni mempunyai perasaan , janganlah kerana wujudnya perbuatan maaf tu, kau sakitkan hati dia berkali-kali , tak kesian?... Memang kita manusia ni tak pernah lari dari kesilapan tapi kita ada akal. Akal yang membolehkan kita berfikir dan Hati yang membolehkan kita beremosi dan apa yang orang rasa...Lagi satu , kalau kau fitnah dia , dia ampunkan, kau kena betulkan apa yang kau tersalah cakap lagi tau... Kalau kau tak berbuat demikian, macam mana Allah nak ampunkan dosa kau, benda yang kau tak perbetulkan dikira hutang... dan dosa hutang tidak akan terampunkan walaupun mati syahid... Allah maha pengampun, Lagi maha penyayang, tetapi hutang , dosa terhadap manusia , kau yang kena selesaikan sendiri...
Manusia yang paling paling paling paling aku tak suka ialah manusia yang tak sedar diri... Banyak jenis manusia yang tak sedar diri ni,
1) Manusia yang sudah diberi pertolongan tetapi tidak menghargai....
Memanglah kita tolong kena ikhlas tapi sekurang-kurangnya hargailah... Kau takde perasaan ke wooii...
2) Manusia yang sudah diberi pertolongan tetapi mengkhianati semula...
Ni manusia yang paling si*l pernah aku jumpa, kalau tidak disebabkan undang-undang Malaysia,, sudah lama aku bunuh...hahaha ..Gila kau mau mati berakhir di tali gantung,,, amalan pun, suam2 kuku...
3) Manusia yang sudah diberi pertolongan tetapi still biadap dan kurang ajar...
Sesetengah orang memberi pertolongan kepada kita dengan harapan kita agar dia boleh beramah mesra dan kita boleh berlembut dengannya . Bila niat dia begitu, dia mau berdamai dan salahkah bila kita pun buat benda elok pada dia? ingat , memang hanya Allah yang layak menilai seseorang manusia itu tetapi Allah itu maha sempurna dan Hebat kerana dia telah menciptakan kita dengan mengurniakan kita
Akal untuk menilai sesuatu dan
Hati untuk merasai sesuatu
Tiada istilah , hanya Allah sahaja yang boleh menilai sesuatu kebaikan dan keburukan... Sedangkan kita manusia , ada akal... kita bukan bodoh abadi... kita hidup untuk menyembah Allah , melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran...
Bila orang kata, "Kau siapa nak judge aku ... aku buat dosa , kubur aku sendiri , bukan kubur kau "
maka dengan itu, kau harus tabah bila dia caci kau,,, dan katakan dalam hati kau untuk mencegah kemungkaran itu... kau sebenarnya terlepas dari pertanyaan kubur tentang dosa yang dia telah lakukan... hahah,,,
panjang aku melalut...hahaha
Bye... Assalamualaikum