Sebahagian manusia mempunyai penyakit yang dinamakan rabun . Rabun terbahagi kepada tiga iaitu :
a)Rabun Jauh ( Negative )
b)Rabun Dekat ( Positive )
c)Astigfisme ( Negative dan Positive )
Rabun terjadi disebabkan oleh punca utama yang dipanggil genetik. Sesetengah orang berpendapat , rabun terjadi disebabkan oleh tabiat suka membaca buku di dalam gelap dan mendekatkan mata dengan komputer dan televisyen.
Terdapat beberapa fakta mengenai orang yang rabun. Antaranya ialah :
a) Kaca mata adalah barang yang mereka anggap seperti nyawa mereka sendiri kerana jika tiada kaca mata itu, segala aktiviti harian mereka terjejas termasuklah belajar , memasak , memandu , menonton TV , bekerja dan bermacam-macam lagi...
b) Orang yang rabun jauh akan berasa pening jika tidak memakai kaca mata untuk waktu yang lama kerana pemandangan yang kabur menjadikan mata mereka penat dan lesu.
c) Mereka yang rabun melebihi darjah 200 atau kurang dari darjah -200 tidak boleh mendaftar diri sebagai polis , bomba atau juruterbang kerana penyakit rabun yang mereka miliki mampu menjejaskan pekerjaan mereka. Juruterbang yang rabun tanpa bantuan optik tidak boleh mengaplikasikan ilmu fizik mereka ketika memandu kapal terbang.
d) Orang yang rabun jauh dan tidak dibantu oleh alatan optik tidak boleh nampak apa yang di ajar oleh guru di depan. Pelajar yang mempunyai darjah -200 tidak boleh melihat tulisan di papan tulis walaupun duduk di bahagian paling depan.
e) Orang yang rabun dekat mengalami masalah ketika menduduki peperiksaan dan ketika membaca buku atau mengisi borang. Mereka memerlukan bantuan orang lain untuk membacakannya atau membeli kaca mata rabun dekat.
f) Orang yang rabun jauh mempunyai masalah sampingan lain iaitu rabun pendengaran ( Pendengaran tidak tajam ). Oleh itu, sekiranya anda mempunyai anak atau murid yang rabun jauh, tolong ulangi perkataan anda atau bercakap dengannya perlahan dan jelas agar mereka dapat menangkap perkataan anda. Jika mereka meminta anda mengulang apa yang anda katakan , sila ulang dan fahami perasaan mereka...
Itulah beberapa fakta yang mengena dengan mereka yang rabun. Mohon Fahami.. Terima kasih😄...
Credit by : Heryanshah Suhaimi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan